Khasiat 'Sweet Sunnah' Jelly

1) Kurma / Phonex dactylifera


  • Mengandungi gula daripada jenis Glukosa dan Fruktosa yang menambahkan tenaga serta tidak membahayakan kesihatan kerana ia terhasil secara semulajadi.
  • Kaya dengan serat yang tinggi untuk membantu proses pengawalan berat badan.
  • Mengandungi Potassium untuk membantu menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya dan  juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.
  • Ia merupakan penawar racun. Diriwayat oleh Aishah RA :
Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”


2) Susu / Fresh Milk

  • Mengandungi Kalsium yang membantu menguatkan otot, tulang dan gigi.
  • Beberapa nutrisi lain yang terkandung dalam susu segar adalah Protein, Vitamin D, Vitamin B12 dan Vitamin A.

3) Kismis

  • Mengandungi Antioksida yang melindungi tubuh daripada radikal bebas dan menjaga kesihatan kulit. 
  • Menghasilkan gula dalam kuantiti yang banyak dan segera untuk membantu mencerdaskan minda dan menguatkan daya ingatan.

4) Badam

  • Kandungan Vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin itu dalam telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum. 
  • Kandungan Kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan Fosforusnya melebihi kandungan fosforus dalam keju.

Jeli Ais Krim 'Sweet Sunnah'


Halawah Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat perniagaan yang mengeluarkan produk Jeli Ais Krim berasaskan makanan sunnah. Pengeluaran produk ini telah dijalankan di Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya Kuala Lumpur. Halawah Sdn Bhd mensasarkan semua golongan pelajar dan orang awam untuk menikmati kepuasan produk makanan yang disediakan. Khasiat yang terdapat dalam Jeli Ais Krim ‘Sweet Sunnah’ mengandungi pelbagai nutrisi pemakanan yang seimbang. Kebaikan Jeli Ais Krim ‘Sweet Sunnah’ ini juga dapat dinikmati pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat Halawah Sdn Bhd adalah bersifat mesra pelanggan serta penyediaan makanannya yang murah dan menarik sesuai dengan namanya ‘Sweet Sunnah’. Produk ini  dijangka akan dikeluarkan lebih banyak kuantitinya berdasarkan permintaan pasaran yang semakin meningkat seterusnya menjadi salah satu produk makanan pilihan ramai.