1) Kurma / Phonex dactylifera
- Mengandungi gula daripada jenis Glukosa dan Fruktosa yang menambahkan tenaga serta tidak membahayakan kesihatan kerana ia terhasil secara semulajadi.
- Kaya dengan serat yang tinggi untuk membantu proses pengawalan berat badan.
- Mengandungi Potassium untuk membantu menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya dan juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.
- Ia merupakan penawar racun. Diriwayat oleh Aishah RA :
“Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”
2) Susu / Fresh Milk
- Mengandungi Kalsium yang membantu menguatkan otot, tulang dan gigi.
- Beberapa nutrisi lain yang terkandung dalam susu segar adalah Protein, Vitamin D, Vitamin B12 dan Vitamin A.
3) Kismis
- Mengandungi Antioksida yang melindungi tubuh daripada radikal bebas dan menjaga kesihatan kulit.
- Menghasilkan gula dalam kuantiti yang banyak dan segera untuk membantu mencerdaskan minda dan menguatkan daya ingatan.
4) Badam
- Kandungan Vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin itu dalam telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum.
- Kandungan Kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan Fosforusnya melebihi kandungan fosforus dalam keju.
No comments:
Post a Comment