
Halawah Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat
perniagaan yang mengeluarkan produk Jeli Ais Krim berasaskan makanan sunnah.
Pengeluaran produk ini telah dijalankan di Kompleks Perdana Siswa, Universiti
Malaya Kuala Lumpur. Halawah Sdn Bhd mensasarkan semua golongan pelajar dan
orang awam untuk menikmati kepuasan produk makanan yang disediakan. Khasiat
yang terdapat dalam Jeli Ais Krim ‘Sweet Sunnah’ mengandungi pelbagai
nutrisi pemakanan yang seimbang. Kebaikan Jeli Ais Krim ‘Sweet Sunnah’
ini juga dapat dinikmati pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Perkhidmatan
yang disediakan oleh Syarikat Halawah Sdn Bhd adalah bersifat mesra pelanggan
serta penyediaan makanannya yang murah dan menarik sesuai dengan namanya ‘Sweet
Sunnah’. Produk ini dijangka akan
dikeluarkan lebih banyak kuantitinya berdasarkan permintaan pasaran yang
semakin meningkat seterusnya menjadi salah satu produk makanan pilihan ramai.
No comments:
Post a Comment